1.TUTUP AURAT tetapi tidak mengerjakan solat..
2.TUTUP AURAT tetapi bercanda atau bercumbu-cumbuan dengan bukan muhrim, di tangga-tangga kompleks, dipanggung-panggung wayang, di taman bunga (sering melihat di Dataran Shah Alam) di bulan puasa ketika orang sedang solat magrib di masjid berhampiran.
3.TUTUP AURAT hanya nak menunjuk kepada orang tertentu (di pejabat sahaja atau di hadapan orang kampung) yang dia seolah-olah muslim wara' walhal di tempat lain aurat terdedah.(Lainlah sekiranya diwajibkan dan terpaksa menutup aurat di zon-zon menutup aurat tertentu seperti kaw.sek agama atau kaw.masjid).
4.TUTUP AURAT tetapi menghisap rokok di khalayak ramai
5.TUTUP AURAT tetapi mengadu domba
6.TUTUP AURAT tetapi berzina
7.TUTUP AURAT tetapi mencuri
8.TUTUP AURAT tetapi berbohong
9.TUTUP AURAT tetapi menderhaka kepada IBU BAPA
10.TUTUP AURAT tetapi percaya bomoh
11.TUTUP AURAT tetapi rasuah,riba makan harta anak yatim.
12.TUTUP AURAT tetapi suka mengata dan mengumpat, memaki, mengutuk.
13.TUTUP AURAT tetapi gemar menyebut-yebut dan nampak-nampakan keaiban atau keburukan orang lain.
Tidak mudah bukan? Kerana mereka bukan kecil lagi. Mereka dah remaja. Saya sedar kesilapan saya, sepatutnya melentur buluh mula dari rebung. Namun saya masih bersyukur Allah mengurniakan saya anak-anak yang baik hati dan baik budi pekerti, hormatkan orang tua, hormatkan sahabat-sahabat ibu bapanya, hormat guru-gurunya, hormat dan bersopan santun melayan tetamu yang datang ke rumah, belajar menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan bulan Ramadhan, tidak minum arak, tidak mengambil dadah, tidak suka berfoya-foya. Tidak suka keluar rumah.Tidak suka berpeleseran, pandai berjimat, pandai menjaga adik-adik, banyak membantu kewangan keluarga (terutama Hanis kerana dia bekerja)dan saya bersyukur yang anak-anak saya sebagai satu penguat ikatan saya suami-isteri.Insyallah. Dan saya sentiasa berdoa, moga-moga Allah s.w.t. membuka pintu hati mereka untuk menutup aurat dengan sebenar-sebenar tutup, bukan sekadar tutup rambut tetapi masih beraksi seksi, berpakaian ketat,berlengan pendek. Moga-moga dengan menutup aurat juga Allah s.w.t hadirkan sedalam-dalam dan seteguh-teguh iman di dada mereka . Amin.
Alhamdulillah banyak yang saya dapat bila merujuk kepada kitab Al-Quran dalam mendidik dan menarik anak-anak menyelami keislaman dengan mengamalkan sifat berlemah lembut terhadap mereka. Insyallah mudah-mudahan usaha saya sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dari surah (Ali Imran: 159) iaitu;
”OLEH KERANA RAHMAT TUHAN, MAKA ENGKAU (YA MUHAMMAD) BERSIFAT LEMAH LEMBUT TERHADAP MEREKA. ANDAIKATA ENGKAU BERSIFAT KASAR DAN BERHATI BENGIS, NISCAYA MEREKA AKAN LARI DARI SISIMU”.(Ali Imran:159)
Dibawah ini saya ambil daripada satu petikan buku Perangkap Syaitan hasil tulisan Ilyas Mohammad Umar.
” Kegelapan hati ditokok dgn rangsangan syaitan, selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga kita terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri sendiri.Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dgn cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberi isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; SATU JARI ke arah orang itu, EMPAT JARI lagi menuding ke arah diri sendiri. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak.
Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah SATU KEBAIKAN yang ada dalam diri seorang itu meskipun ada BANYAK KEJAHATAN yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula lihatlah KEJAHATAN yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Dengan cara itu terselamatlah kita dari syaitan yang menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Wallahulam.
d'e unLY natasha :)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment